29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pembantu rumah jadi GRO antara 12 wanita ditahan imigresen

    Shopee Sale

    Seorang pembantu rumah warga Indonesia adalah antara 12 wanita asing yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Bukit Mertajam kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

    Pengarah Penguatkuasaan JIM Basri Osman berkata hasil pemeriksaan mendapati wanita terbabit mempunyai permit sebagai pembantu rumah tetapi telah menyalahgunakannya dengan bekerja sebagai gadis hamba pelanggan (GRO) pada waktu malam.

    Katanya pemeriksaan turut mendapati ada dalam kalangan mereka yang ditahan itu bekerja di kilang dan tinggal lebih masa, selain beberapa orang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

    “Dalam operasi ini, 12 wanita ditahan terdiri daripada tiga wanita warganegara Indonesia, tujuh Thailand dan dua Vietnam berusia antara 20 hingga 35 tahun.

    “Ketika operasi mereka sedang melayan pelanggan dan kami mengepung bilik digunakan untuk aktiviti hiburan dan berjaya menahan mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media di lokasi awal pagi tadi.

    MENARIK:  Polis langgar undang-undang denda remaja ketuk ketampi - Madpet

    Basri berkata ketika diserbu terdapat beberapa wanita yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya ditahan.

    Dia berkata berdasarkan siasatan awal semua wanita terbabit didapati baru enam bulan bekerja di premis itu dan mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM250 sejam.

    “Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 dan semua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Jawi,” katanya.

    DIa juga menambah operasi itu melibatkan 33 anggota imigresen dari ibu pejabat, Perak dan Pulau Pinang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah