34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas penjawat awam ditahan kes tipu Tanah Rizab Melayu

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas penjawat awam kerana disyaki menipu sebuah agensi kerajaan negeri sehingga menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.

    Sumber SPRM memaklumkan suspek lelaki berusia sekitar 60-an itu juga disyaki menipu dengan menyatakan tanah tersebut bukan Tanah Rizab Melayu.

    Tanpa menyebut bila dan di mana suspek ditahan, sumber itu berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut pada 2012 sewaktu masih lagi merupakan seorang penjawat awam.

    “Difahamkan keseluruhan tanah berkenaan telah dipecahkan dan dijual kepada bukan Melayu,” katanya kepada Bernama, semalam.

    MENARIK:  ULASAN | Bagaikan daun kari

    Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan (Akta 574).

    Menurutnya, suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah