27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas pengurus ladang dipenjara, denda kerana salah guna kuasa

    Shopee Sale

    Seorang bekas pengurus pentadbiran dan sumber manusia di Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd dijatuhi hukuman penjara sehari serta denda RM22,143 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana menyalah gunakan kuasa bagi mendapatkan suapan lebih RM4,000.

    Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu selepas Shahrizal Ridzuan Ambak, 48, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

    Mengikut pertuduhan, Shahrizal Ridzuan didakwa menggunakan jawatannya bagi mendapat suapan dengan membekalkan kad SIM kepada 117 pekerja ladang warga India di Ladang Rakyat Terengganu, Cheneh dekat Kemaman.

    MENARIK:  Azam arah selesaikan siasatan kes Shamsul, Tei dalam 7 hari

    Kad SIM itu bernilai RM4,428.60 dan kejadian didakwa dilakukan antara Julai hingga Sept 2022.

    Shahrizal Ridzuan mempunyai kepentingan bagi urusan itu kerana ejen pembekalan kad SIM tersebut ialah anaknya.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

    Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa SPRM Nur Mahirah Mohd Fauzi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hazwan Hamidun.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah