31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas pegawai Teresa Kok letak semua jawatan dalam DAP

    Shopee Sale

    Edmund Teoh Kheng Yaik, bekas pegawai naib pengerusi DAP Teresa Kok, menarik diri daripada pengundian dan meletakkan semua jawatan dalam parti.

    Pengumuman mengejutkan itu dibuat di tengah-tengah dakwaan kontroversi skandal projek pembelian papan pintar sekolah yang timbul semula menjelang pengundian DAP, Ahad ini.

    “Ini bukan pengakhiran perjalanan politik saya, tetapi pemberhentian sebentar yang diperlukan. 

    “Setelah nama dibersihkan, saya akan kembali—lebih kuat, lebih bijaksana, dan lebih bersungguh-sungguh untuk meneruskan perjuangan demi keadilan, integriti, dan rakyat,” katanya.

    Teresa Kok

    Terdahulu dilaporkan terdapat gerakan untuk menjatuhkan Kok yang didakwa memperguna SPRM untuk mempengaruhi pengundian Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

    Dia mengakui ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya memecat pegawainya dan itu mungkin mempengaruhi peluangnya dalam pengundian.

    Kok berkata pada Oktober lalu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Wilayah Persekutuan bawah Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa peruntukan kawasannya digunakan bagi menyalurkan RM99,000 kepada setiap 16 sekolah untuk pembelian papan pintar dan TV pintar.

    Namun, kata Kok, dia tidak pernah meluluskan peruntukan dalam skala sebegitu dan siasatan lanjut mendapati syarikat yang mengeluarkan invois tersebut tidak adalah entiti palsu.

    Pengarah Kanan Siasatan SPRM Zainul Darus pula pada 7 Mac berkata dua lelaki ditahan kerana makan rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan untuk meluluskan dana projek RM1.5 juta bagi pembekalan papan pintar interaktif.

    MENARIK:  Kita nak percaya siapa lagi, tanya Adun Sindumin

    SPRM tidak mendedahkan identiti mereka dan anggota parlimen itu.

    ‘Musuh khayalan’

    Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Teoh berkata tindakan itu diambil demi menjaga reputasi parti dan mengelak daripada menjadi sasaran sebagai “musuh khayalan”.

    Katanya, keputusan itu juga dibuat atas dasar cinta dan kesetiaan kepada parti.

    Mengulas kesnya, Teoh berkata dia dibebaskan daripada SPRM pada Mac tiada pertuduhan dikenakan terhadapnya sehingga kini.

    “Memandangkan siasatan terhadap perolehan papan pintar PIBG masih berjalan, saya telah dinasihatkan untuk tidak mengulas mengenai perkara ini pada peringkat ini. 

    “Bagaimanapun, saya ingin menafikan secara tegas semua tuduhan dan dakwaan yang dibuat terhadap saya. 

    “Dakwaan ini tidak berasas, bermotifkan politik, dan tidak berlandaskan kebenaran,” katanya.

    Kemarahan senyap

    Teoh juga berkata dia tidak pernah menyesal menyertai DAP sejak 18 tahun lalu dan selama itu dia sentiasa berdiri teguh di belakang Kok sehinggalah dia meletakkan jawatan pada November 2024. 

    “Selama itu saya telah mengikuti dan bertindak berdasarkan arahannya tanpa syarat pada setiap masa yang berkaitan,” katanya.

    “Namun, saya tidak menjangka bahawa ketidakpuasan politik dan kemarahan senyap akan membayangi kerjaya politik awal saya, mahupun kuasa-kuasa yang tidak kelihatan akan bekerja tanpa henti untuk menghapuskan nama saya.”

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah