26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beijing tolak pelan Trump mahu ambil alih, pindah penduduk Gaza

    Shopee Sale

    GLOBAL | China menolak rancangan Presiden AS, Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan Beijing menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media kerajaan.

    Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian, memberitahu pemberita, Beijing sentiasa percaya bahawa "rakyat Palestin mentadbir Palestin" dalah prinsip asas bagi pentadbiran selepas peranang di Gaza.

    "Kami menentang pengalihan dan pemindahan paksa penduduk di Gaza," tegas Lin.

    Kenyatan itu dibuat Beijing selepas Trump mengumumkan rancangan Rumah Putih untuk AS "mengambil alih" Semenanjung Gaza dan "membangunkannya selepas memindahkan rakyat Palestin ke negara jiran."

    Trump membuat kenyataan tersebut semasa sidang media bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang sedang melakukan lawatan ke Washington.

    MENARIK:  Warisan nasihatkan KM, Adun GRS - Undur cara terhormat jika sayangkan Sabah

    "AS akan menguasai Semenanjung Gaza dan kami akan melakukan perubahan di sana.

    "Kami akan membangunkannya, mencipta ribuan peluang pekerjaan dan ini akan menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan oleh seluruh Timur Tengah," katanya.

    Trump bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut tentang bagaimana AS akan melaksanakan rancangan pemindahan tersebut.

    Sebaliknya, Kementerian Luar China berkata ia berharap "semua pihak berkepentingan akan mengambil peluang gencatan senjata di Gaza dan pentadbiran selepas peranang untuk membawa isu Palestin kembali ke landasan yang betul bagi penyelesaian politik berdasarkan penyelesaian dua negara demi mencapai keamanan yang berkekalan di Timur Tengah."

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah