26.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bedah siasat mayat dua beranak mangsa tikam selesai, dikebumi malam ini

    Shopee Sale

    Jenazah dua beranak yang maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam, semalam, dituntut ahli keluarga mereka malam ini untuk dikebumikan.

    Jenazah Siti Zulaila, 30, dan bapanya Zulkifli Ibrahim, 62, dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira 7.20 malam selepas selesai proses bezah siasat.

    Adik Zulkifli, Zamri Ibrahim, 46, berkata jenazah dua beranak itu dibawa dan disolatkan di Masjid Tuan Guru, di Tanjong Tokong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong selepas solat isyak malam ini.

    "Jenazah terus dibawa ke masjid dan ahli keluarga serta rakan-rakan arwah telah menunggu di situ untuk memberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan. Jenazah akan dikebumikan dalam satu liang lahad,” katanya di Georgetown malam ini.

    MENARIK:  ULASAN | Jangan hina intelek rakyat di tengah krisis global

    Terdahulu, puluhan ahli keluarga dan rakan kepada dua beranak itu menunggu di Jabatan Perubatan Forensik HPP sejak 9 pagi tadi bagi menunggu proses bezah siasat dijalankan.

    Tinjauan Bernama mendapati suasana pilu menyelubungi kawasan Jabatan Perubatan Forensik apabila ahli keluarga dan rakan-rakan datang menziarah keluarga mangsa.

    Semalam, bapa dan anak perempuannya maut dipercayai ditikam seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim.

    Tiga individu ditemukan terbaring dalam keadaan berdarah termasuk dua daripada mereka disahkan meninggal dunia manakala seorang lelaki berusia 32 tahun, yang juga suspek cedera.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah