29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beberapa negara Asean turut minat sertai Brics – Anwar

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Beberapa negara Asean turut menunjukkan minat menyertai Brics selepas Malaysia menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada blok ekonomi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata tumpuan Asean kekal kepada pemantapan ekonomi serantau bersama-sama rakan dialog untuk memastikan hubungan antara negara tidak terjejas.

    “Asas ekonomi menjadi ukuran atau kriteria utama dan kita tidak mahu Asean menjadi gelanggang percaturan atau pertembungan kuasa-kuasa besar.

    “Dahulunya, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet dan sekarang AS dengan China. Hubungan kita dengan China akan terus ditingkatkan dan apabila kita mendekati Brics, beberapa negara Asean turut mengambil keputusan yang sama,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  PM umum subsidi tambahan RM100 juta untuk Felda

    Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) yang ingin mengetahui pendekatan yang akan digunakan pada masa depan untuk memastikan kestabilan Asean dapat dipelihara di saat menangani masalah geopolitik seperti hubungan China dan AS serta isu yang berlarutan dalam Asean.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah