27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bayaran lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini – PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menyelesaikan sepenuhnya bayaran balik lebihan cukai bagi tahun taksiran 2023 dan 2024 pada tahun ini.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah bayaran balik lebihan cukai mencecah RM22.5 bilion pada 2024 yang merupakan tertinggi dalam tempoh lima tahun.

    Dalam Amanat Tahun Baharu 2026 pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini, beliau berkata keputusan mempercepat bayaran balik itu dibuat dengan mengambil kira pandangan rakyat, terutamanya yang melibatkan syarikat-syarikat kecil.

    MENARIK:  Ronaldo masih di Arab Saudi meski jet peribadi dilapor telah berlepas

    “Kita mendengar pandangan, kegelisahan rakyat terutama syarikat-syarikat kecil,” kata beliau.

    Selain itu, Anwar berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga telah berjaya menyelesaikan sejumlah 3.7 juta kes bayaran balik lebihan cukai pada 2025.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah