28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bas Rapid KL terbakar, penumpang alami detik cemas

    Shopee Sale

    Seramai tujuh penumpang sebuah bas Rapid KL berdepan detik cemas apabila bas itu terbakar di Jalan Syed Putra menghala ke Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur, kira-kira 8 pagi tadi.

    Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah Mohd Suhaimi Mohd Razali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.06 pagi sebelum 16 anggota bersama enam jentera bomba dari BBP Hang Tuah dan Seputeh digerakkan ke lokasi kejadian.

    Beliau berkata kejadian disedari seorang penunggang motosikal yang memaklumkan kepada pemandu bas berkenaan bahawa terdapat kebakaran di bahagian belakang kenderaan itu.

    “Pemandu bas seterusnya menghentikan kenderaan di bahu jalan dan mengarahkan semua penumpang turun ke lokasi selamat serta sempat mematikan enjin dan memadamkan segala suis terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Rafizi sahkan hadir kongres PKR malam ini

    Menurutnya kebakaran bas tersebut melibatkan 90 peratus kemusnahan dan punca kejadian masih disiasat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah