27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banjir Sarawak: Lebih 2,800 mangsa berlindung di PPS

    Shopee Sale

    Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak terus meningkat setakat 8 pagi tadi manakala situasi di Sabah menunjukkan trend pemulihan.

    Di SARAWAK, jumlah mangsa meningkat kepada 2,831 orang daripada 826 keluarga berbanding 1,172 orang daripada 349 keluarga pada 4 petang semalam.

    Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kesemua mangsa tersebut ditempatkan di 39 PPS yang beroperasi hari ini.

    Antara kawasan terjejas Bau, Kuching, Kota Samarahan, Simunjan, Gedong, Serian, Sibu, Mukah dan Bintulu.

    MENARIK:  Pelarasan pencen: AGC tak bantah, mahkamah benarkan pesara cabar k'jaan

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga hari ini.

    Di SABAH, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 462 orang daripada 157 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 503 orang daripada 173 keluarga semalam.

    Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan dua pusat pemindahan di Beaufort masih beroperasi yang menempatkan penduduk dari 12 kampung manakala satu PPS dibuka di Tawau.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah