29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    54 cedera dalam letupan di masjid sekolah di Jakarta

    Shopee Sale

    Sekurang-kurangnya 54 orang cedera apabila satu letupan menggegarkan sebuah masjid di Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 72 Kelapa Gading, Jakarta Utara pada Jumaat, menurut polis.

    Ketua Polis Jakarta Metro Jaya, Inspektor Jeneral Asep Edi Suheri berkata mangsa mengalami kecederaan daripada tahap ringan hingga sederhana akibat letupan tersebut.

    “Lima puluh empat orang cedera, ada yang mengalami luka ringan dan ada yang lebih parah, dan beberapa mangsa telah dibenarkan keluar,” katanya seperti dipetik oleh Metro TV News.

    Polis sedang menyiasat punca letupan yang berlaku semasa solat Jumaat sekitar tengah hari waktu tempatan.

    MENARIK:  PRN: Umno Sabah dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar

    Mereka juga telah menubuhkan pos kecemasan di Hospital Yarsi dan Hospital Islam Cempaka Putih di Jakarta Pusat bagi membantu mangsa dan keluarga mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah