27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banjir: PM umum bantuan RM13 juta untuk Kedah

    Shopee Sale

    Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan RM13 juta untuk bantuan pascabanjir di Kedah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Anwar berkata peruntukan tersebut adalah untuk sumbangan, pembersihan serta baik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana banjir.

    Anwar berkata bagi daerah Kota Setar sahaja diperuntukkan sejumlah RM3 juta, manakala bagi keseluruhan negeri Kedah diperuntukkan RM10 juta bagi memastikan semua kerosakan dan ganti rugi yang munasabah selepas banjir, dapat ditangani.

    “Saya minta Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, selaraskan perkara ini supaya disegerakan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah di Alor Setar, hari ini.

    MENARIK:  Pengunduran Muhyiddin: Alhamdulillah keputusan yang baik, kata PAS

    -Bernama

    [Berita lanjut menyusul]


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah