32.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN: BN Melaka terbuka bekerjasama dengan mana-mana pihak

    Shopee Sale

    Barisan Nasional (BN) Melaka terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di bawah formula BN Plus, kata Pengerusinya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

    Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata beliau membuka pintu seluas-luasnya untuk mana-mana pihak yang ingin berunding dengan parti tersebut bagi menghadapi PRN kali ini.

    "Siapa juga boleh datang berunding, tapi runding tidak semestinya berakhir dengan perjanjian atau pun persetujuan... ia melihat kepada kelebihan masing-masing.

    "Jadi kita tak terikat dalam mana-mana satu ikatan yang belum lagi dijadikan secara formal sebagai gabungan muktamad, tetapi saya terbuka kepada semua orang untuk datang berunding dengan saya," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat (MeSRa) di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Telok Mas di Melaka hari ini.

    Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata kejayaan kerjasama antara BN dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan Negeri Sembilan dijangka menjadi pemangkin kepada gabungan itu untuk meneruskan momentum kemenangan pada PRN Melaka akan datang.

    MENARIK:  Empat mahkamah keluarkan waran tangkap ke atas Norjuma

    Ab Rauf turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh Datuk Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan baharu.

    Beliau berharap Ismail dapat melaksanakan tanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang terbaik sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto.

    Pada PRN Negeri Sembilan ke-16, Ismail memenangi kerusi DUN Juasseh dengan majoriti 4,091 selepas meraih 6,907 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Aidil Abdullah yang memperoleh 2,816 undi dan Mohd Zuhaimi Md Yusof daripada Bersatu dengan 506 undi.

    Pada PRN itu, BN memenangi 18 kerusi DUN, PH dengan 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan tujuh kerusi.

    Kerajaan Negeri Sembilan dibentuk menerusi kerjasama BN dan PN.

    Untuk berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah