Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Badan Peguam Malaysia untuk meneruskan semakan kehakiman terhadap keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik kes terhadap Ahmad Zahid Hamidi pada 2023.
Ini berkaitan dengan 47 pertuduhan rasuah terhadap timbalan perdana menteri itu yang melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
Dalam keputusan sebulat suara pagi ini, panel tiga hakim yang diketuai oleh Faizah Jamaludin berkata mereka mendapati permohonan semakan kehakiman itu wajar dan tidak remeh.
Mereka berkata Badan Peguam Malaysia membangkitkan isu-isu yang boleh dipertikaikan yang memerlukan semakan kehakiman penuh.
[Laporan lanjut menyusul]





