31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azmin vs Hamzah: Pemimpin Bersatu dedah retak dalam parti

    Shopee Sale

    Seorang pemimpin bahagian Bersatu yang sedang disiasat oleh lembaga disiplin parti secara terbuka mengakui kewujudan kem yang bertembung dalam parti — salah satunya yang menyokong timbalan presidennya, Hamzah Zainudin untuk mengambil alih kepimpinan daripada Muhyiddin Yassin.

    Ditemui selepas prosiding selama sejam di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, Selangor, Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Shafiq Abdul Halim berkata satu lgi kelompok pula berpihak kepada setiausaha agung parti, Azmin Ali.

    “Semua orang tahu, tidak perlu saya rahsiakan, yang wujudnya dua kem, iaitu kem Azmin dan kem Hamzah.

    “Jarang orang sebut perkara ini secara terbuka, tetapi saya ingin maklumkan masalah yang memang wujud pertembungan antara dua kelompok - yang datang dari Umno dan yang datang dari PKR.

    “Kelompok dari Umno mahu pemimpin mereka sendiri, manakala kelompok dari PKR mahukan Azmin. Di situlah bermulanya perpecahan dalam parti,” katanya.

    Sebelum menyertai Bersatu, Hamzah merupakan salah seorang anggota Parlimen Umno yang mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi dan keluar parti pada 14 Disember 2018.

    Shafiq Abdul Halim

    Azmin pula menyertai Bersatu dua tahun kemudian bersama 10 lagi anggota Parlimen PKR melalui Langkah Sheraton yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

    Terdahulu, jawatankuasa disiplin Bersatu yang dipengerusikan Radzi Manan dilaporkan mungkin memanggil lebih sepuluh ahli parti hari ini, termasuk Hamzah dan bekas setiausaha akhbarnya yang merupakan ketua Bersatu Johor Bahru, Zulkifli Bujang.

    MENARIK:  Pegawai Sanusi, peniaga pasar malam berdamai

    Hamzah dan Zulkifli telah memohon penangguhan kerana mereka berada di luar negara, dan setakat jam dua petang hari ini, hanya Shafiq dilihat berada di ibu pejabat parti.

    ‘Perpecahan akan berlaku’

    Ditanya mengenai kesan jika tindakan diambil terhadap Hamzah, Shafiq berkata, “Kesannya akan berlaku perpecahan. Sama ada besar atau kecil, saya tidak boleh kata.

    “Tetapi saya rasa perpecahan akan berlaku. Malah, kalau kita lihat sekarang, sebenarnya krisis-krisis tersebut sudah pun berlaku.”

    Berhubung prosiding terhadapnya, Shafiq berkata dia dipanggil susulan empat aduan yang dibuat, termasuk oleh Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.

    Antaranya kenyataan yang dibuat di media sosial, kritikan terhadap Tun Faisal dan juga Azmin, serta kenyataan terbuka berhubung sokongannya kepada PAS, katanya lagi.

    Gesaan terbuka yang dibuat Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee sebelum ini agar Muhyiddin meletakkan jawatan, menunjukkan semakin besar perpecahan dalam parti itu.

    Sejumlah pemimpin parti di peringkat pusat dan bahagian segera mengeluarkan kenyataan sebagai respons, dengan ada yang membangkitkan “kegagalan” Ronald sebagai ketua Bersatu Sabah memimpin PN dalam pilihan raya negeri yang lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah