25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azalina: Umno bukan parti nostalgia, tapi peneraju masa depan

    Shopee Sale

    Umno masih kekal berdiri hari ini bukan kerana nostalgia semata-mata, sebaliknya kerana rakyat terus meyakini perananannya sebagai penjaga maruah agama dan bangsa, pengimbang kuasa dalam kerajaan serta penentu hala tuju masa depan negara, kata ketua penerangannya Azalina Othman Said.

    Dalam surat terbuka sempena sambutan ulang tahun ke-79 Umno hari ini, Azalina berkata ulang tahun ini bukan sekadar untuk mengingati sejarah, tetapi menjadi lambang kepada nilai kebijaksanaan, kesetiaan dan kecekalan Umno dalam menghadapi pelbagai cabaran.

    “Umno bukan sebuah parti yang muncul akibat dendam atau kekecewaan. Umno adalah institusi politik yang lahir daripada perjuangan bangsa. Umno kekal utuh kerana menjunjung disiplin dalam kepimpinan, membina keyakinan bersama akar umbi, dan sentiasa menyambut perubahan dengan berani demi kelangsungan perjuangan,” katanya.

    Dia berkata disiplin merupakan asas kekuatan Umno yang membentuk cara kepimpinan, menyatukan ahli dalam perbezaan, dan memastikan parti terus bergerak dengan tertib dan teratur.

    “Disiplin bukan sekadar soal peraturan. Ia adalah cerminan maruah, kematangan dan komitmen kita terhadap perjuangan,” katanya sambil menambah ribuan persidangan cawangan yang sedang berlangsung membuktikan nilai ini terus subur dalam setiap lapisan kepimpinan dan keahlian Umno.

    Azalina Othman Said

    Azalina berkata kehadiran yang tinggi ke persidangan cawangan di seluruh negara menjadi petanda jelas bahawa Umno terus diyakini oleh akar umbinya sebagai wadah utama perjuangan bangsa.

    MENARIK:  Tiada protes, Muhyiddin dapat sokongan Hamzah, MP Bersatu

    Katanya lagi, budaya disiplin turut terserlah dalam setiap pilihan raya yang disertai apabila jentera parti tampil dengan kesatuan dan ketertiban yang mengagumkan.

    “Mereka hadir bukan sekadar sebagai sukarelawan, tetapi sebagai pejuang yang memahami amanah. Mereka berganding bahu, bergerak dengan semangat, dan menyempurnakan tugas tanpa menuntut balasan,” katanya.

    Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata Umno tidak hanya mempertahankan legasi, sebaliknya sedang membina masa depan dengan pelbagai inisiatif seperti Sekolah Patriotik Umno dan pengukuhan jentera digital bagi melahirkan generasi pelapis yang celik sejarah, mahir teknologi dan memahami denyut nadi rakyat.

    “Saya menyeru seluruh keluarga besar Umno untuk menjadikan ulang tahun ke-79 ini bukan sekadar detik peringatan, tetapi titik permulaan. Mari kita buktikan bahawa Umno bukan satu peninggalan sejarah, tetapi peneraju masa depan negara,” katanya.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah