29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribut petir diramal di enam negeri hingga 7 malam

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Sabah dan Sarawak sehingga 7 malam ini.

    MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan yang terjejas di Perak ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

    MENARIK:  Prabowo arah siasatan telus, tindakan tegas insiden kematian pemandu Gojek

    Di Kelantan, amaran itu melibatkan Jeli dan Gua Musang selain di Pahang (Cameron Highlands, Lipis dan Raub) manakala di Selangor kawasan terlibat ialah Hulu Selangor.

    Sementara itu, di Sabah amaran itu dikeluarkan bagi pedalaman (Nabawan) dan Tawau manakala di Sarawak kawasan terlibat ialah Betong, Sarikei, Sibu (Selangau) dan Mukah (Tanjung Manis serta Daro).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah