28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Audio Adun rasuah: Hajiji akui namanya turut dipetik

    Shopee Sale

    Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mengakui namanya didakwa antara yang dipetik dalam rakaman audio Adun didakwa sedang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

    Bercakap di Papar, dia berkata, pihaknya tidak berniat untuk berselindung mengenai isu itu serta sedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak khususnya SPRM.

    "Saya tiada apa-apa. Kerajaan memang (dalam keadaan) baik dan masih berjalan dengan baik. Itu (tuduhan rakaman audio yang tular) itu cuma tuduhan.

    "Laporlah kepada SPRM. Kita tiada apa-apa untuk disembunyikan," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.

    Sabtu lalu, Malaysiakini melaporkan terdapat sekurang-kurang lapan rakaman video mengaitkan beberapa Adun yang didakwa sedang membincangkan 'rasuah' bernilai ratusan ribu ringgit yang diberikan kepada mereka sebagai balasan untuk mendapatkan projek di sebuah negeri.

    Semalam, pemberi maklumat yang membuat dakwaan itu melalui firma guaman Izwan Mazniza Kamil and Associates - menghantar surat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta campur tangannya berhubung permintaannya untuk perlindungan dan kekebalan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

    MENARIK:  China keluar garis panduan etika kawal selia penyelidikan data genetik manusia

    Malam tadi, pemberi maklumat itu mendakwa dia menerima ugutan bunuh dan membuat laporan polis. Katanya, dia menerima panggilan melalui aplikasi WhatsApp menggunakan nombor yang tidak dikenalinya.

    Tambahnya, panggilan selama kira-kira 16 saat itu, diterima daripada seorang lelaki mengugut - dalam bahasa Cina - mendakwa dia daripada kumpulan pembunuh upahan yang diarahkan untuk membunuh individu terbabit dalam tempoh 24 jam jika gagal menutup mulut.

    Mengulas lanjut, Hajiji berkata pihaknya maklum isu berkenaan audio terbabit dan kerajaan negeri meminta pihak berkaitan untuk menyiasatnya.

    "Ini kita minta pihak berkuasa menyiasat. Kita akan bagi kerjasama tapi siasat juga (pihak berkaitan) yang memberi rasuah itu.

    "Pemberi rasuah mempunyai niat tidak baik untuk mendapatkan sesuatu daripada kerajaan.

    "Apabila tidak dapat, inilah keluar (rakaman audio) jadi bagi saya, untuk lebih adil, tangkap dia dan siasat dia dulu," katanya lagi.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah