Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mempertahankan tindakannya membuat kenyataan segera semalam, dengan membersihkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh daripada sebarang kesalahan berhubung pemberian kontrak kerajaan Selangor.
Ia selepas Azam menerima kritikan selepas berkata tiada masalah dengan kontrak Mobiliti Selangor dianugerahkan kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti), sebuah syarikat yang dikaitkan dengan suami Yeoh.
Azam berkata sudah menjadi tugasnya untuk menjelaskan keadaan apabila sesuatu siasatan menunjukkan tiada kesalahan dilakukan.
"Apabila saya rasa tiada kes selepas kita buat laporan awal, masa untuk saya untuk jelaskannya kerana pihak terlibat telah begitu terkesan dengan berita (berkenaannya) dan sebagainya," katanya ketika sesi taklimat bersama editor kanan di Putrajaya hari ini.
[Berita lanjut menyusul]





