31.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AS sahkan kes baru selesema burung H5 melibatkan manusia

    Shopee Sale

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengesahkan dua kes jangkitan selesema burung H5 dalam kalangan manusia di California pada Khamis, lapor Xinhua.

    CDC memaklumkan bahawa siasatan oleh pihak berkuasa California masih berlangsung.

    Pada masa ini, tiada kaitan atau hubungan ditemukan antara kedua-dua kes di California, menunjukkan bahawa ini adalah kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.

    CDC terus bekerjasama rapat dengan pegawai kesihatan awam di California dan negeri lain bagi mengawal penyebaran H5N1 daripada haiwan yang dijangkiti kepada manusia.

    Tahun ini, selesema burung H5N1 dikesan buat kali pertama pada lembu di Amerika Syarikat.

    Virus ini tersebar meluas dalam kalangan burung liar dan mencetuskan wabak dalam kalangan haiwan ternakan di negara itu sejak 2022.

    MENARIK:  Iran lancar lebih 5,400 serangan ke atas Pangkalan AS dalam sebulan

    Ia juga menyebabkan jangkitan sporadik yang jarang berlaku pada individu yang bekerja dengan haiwan dijangkiti.

    Sehingga kini, 16 kes jangkitan H5 melibatkan manusia telah dilaporkan di Amerika Syarikat pada 2024.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah