32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Arab Saudi kenakan tindakan tegas pada pelanggaran peraturan permit haji

    Shopee Sale

    Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengesahkan bahawa tindakan penguatkuasaan kini dilaksanakan terhadap individu yang melaksanakan ibadah haji, memasuki atau menetap di Mekah dan kawasan Tanah Suci tanpa permit yang sah.

    Jurucakap kementerian, Kolonel Talal bin Shalhoub berkata sesiapa yang didapati melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda sehingga 20,000 riyal Saudi (SAR).

    “Individu yang membantu pelanggaran ini, termasuk memohon visa bagi pihak lain, menyediakan pengangkutan, penempatan, menyembunyikan atau memberikan sebarang bentuk bantuan, boleh dikenakan denda sehingga SAR100,000,” katanya semasa sesi Persidangan Komunikasi Digital.

    Dia menegaskan bahawa denda dikenakan bagi setiap pelanggaran individu.

    MENARIK:  66 kelas prasekolah ditempatkan di institusi pendidikan KPM

    Pelawat yang tinggal melebihi tempoh sah serta cuba menunaikan haji tanpa permit akan dihantar pulang serta diharamkan daripada memasuki negara itu selama 10 tahun.

    Talal turut memberi amaran mengenai penipuan berkaitan perkhidmatan haji seperti penginapan palsu, pengangkutan, penyediaan haiwan korban dan penggunaan gelang haji tiruan.

    Dia memaklumkan mengenai pelaksanaan inisiatif “Makkah Route” di bawah Program Pengalaman Haji yang merupakan sebahagian daripada Wawasan Saudi 2030.

    Inisiatif itu kini beroperasi di 11 lapangan terbang di tujuh negara, dan sejak pelancarannya pada 1438 Hijrah (2017), ia memberi kemudahan kepada 940,657 jemaah haji.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah