25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar rakam takziah kepada Hamzah Zainudin

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin susulan pemergian ibu mentuanya, Allahyarhamah Datin Salmiah Nyak Matt, 84, yang maut dalam kebakaran di Jalan Raja Abdullah, Kampung Sungai Rapat Tambahan, Ipoh, malam tadi.

    “Saya mendoakan saudara Hamzah terus kuat menghadapi ujian dahsyat ini dan mendoakan yang terbaik buat beliau sekeluarga. Semoga roh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya serta diberikan tempat yang istimewa oleh-Nya, Insya-Allah,” kata Anwar dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata suami mangsa, Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, mengalami sesak nafas sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut dalam kejadian kira-kira 9.19 malam.

    MENARIK:  Kes cikgu ponteng: Jainal tak masuk kelas bukan sebab disiplin pelajar - Saksi

    “Empat ahli keluarga lain, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur 18 hingga 49 tahun, berjaya diselamatkan tanpa kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama, dan menambah operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 2.02 pagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah