27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar: Kuasa Barat berlagak guru hak asasi manusia tapi berdiam diri isu kezaliman

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa Barat yang sering bertindak sebagai "guru" hak asasi manusia kepada negara lain, namun pada masa sama mendiamkan diri terhadap siri kezaliman yang berlaku di hadapan dunia.

    Anwar berkata mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dalam bidang sains dan teknologi tidak akan memberi manfaat kepada masyarakat sekiranya ia tersasar daripada prinsip moral, akhlak dan nilai kemanusiaan yang tinggi.

    “Dunia ini tidak kekurangan orang yang pintar, yang membuat segala teknologi, pesawat, senjata paling canggih. Tetapi peperanangan mereka bobrok (binasa), boleh membunuh, zalim, menjajah negara orang tanpa conscience (rasa bersalah).

    MENARIK:  ULASAN | ‘Reset’ Hamzah dan naratif pembinaan semula

    “Paling akhir, Iran. Bayangkan senang-senang Israel mengambil keputusan…Amerika Syarikat bantu dan dunia hampir senyap kerana pengaruh Barat yang kuat.

    “Saya beritahu kawan, anak-anak, Alhamdulillah, Malaysia antara satu-satunya negara yang masih pertahankan semangat kebebasan dan berani menyatakan bahawa serangan itu ganas, biadab dan tidak berperikemanusiaan,” kata Perdana Menteri.

    Beliau berkata demikian pada program Temu Anwar bersama Warga Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di MCKK, di Kuala Kangsar, hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah