27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak dipukul mati: Keluarga ke mahkamah dapatkan jawapan

    Shopee Sale

    Keluarga seorang pelajar ke mahkamah bagi mendapatkan jawapan mengenai insiden di mana lelaki berusia 22 tahun itu ditemui mati di sebuah surau di Mersing, Johor, hampir dua tahun lalu.

    Mahkamah Tinggi Johor Bahru dijadual mendengar permohonan semakan yang difailkan keluarga agar satu inkues ditubuhkan untuk menyasiat kematian tersebut.

    Notis usul difailkan berikutan dakwaan bahawa pihak polis enggan menyiasat kes itu, di mana mayat Muhammad Atif Abu Bakar ditemui pada 19 Disember 2022, sehari selepas Allahyarham hilang dari asrama.

    Peguam keluarga, M Visvanathan memberi pengesahan berkenaan pendengaran permohonan tersebut.

    “Keluarga menuntut diadakan inkues untuk mengenal pasti apa yang terjadi kerana polis mengisytiharkan kes itu sebagai ‘tiada tindakan lanjut (NFA)’,” katanya kepada Malaysiakini.

    Dia juga mendakwa bahawa keluarga itu terpaksa membuat permohonan di mahkamah selepas tidak menerima sebarang maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung permohonan inkues yang dibuat mereka.

    M Visvanathan

    Dalam satu sidang media pada 25 September, keluarga Allahyarham mendakwa polis memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjut selepas siasatan selama lebih satu setengah tahun, dan menasihatkan mereka agar merujuk kepada majistret.

    Bagi keluarga mangsa, keputusan itu tidak dapat diterima.

    Mengembara lebih 350 kilometer dari kampung halaman, mereka mengadakan sidang media bersama bersama peguam dan NGO hak asasi manusia Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict) di Petaling Jaya.

    MENARIK:  Mahkamah Tinggi larang Chegu Bard keluar kenyataan kes jenayah

    Mengesyaki Atif dipukul orang ramai hingga mati, bapanya, Abu Bakar Ja’afar berkata Allahyarham berhak mendapat pembelaan meskipun didakwa tidak waras semasa kejadian.

    “Tapi dah lama sangat dah kes ini, tak tahu cerita apa. Pihak asrama pun tak ada maklumkan apa-apa, dia suruh saya ambil laporan (berkaitan Atif). Semua saya pergi  tapi senyap saja, tiada perkembangan.

    Keluarga Allahyarham

    “Saya nak tahu apa punca anak saya meninggal. Dengan kesan pukul semua, sebab laporan forensik maklumkan sebab kematian dia berpunca daripada satu tekanan hingga menyebabkan hilang oksigen selepas bezah siasat.

    “Jadi, siapa penyebab punca tekanan tersebut? Saya nak tahu,” kata lelaki berusia 62 tahun itu.

    Abu Bakar berkata dia selama ini memberikan kepercayaan kepada polis untuk menyiasat.

    “Tapi dah nak masuk dua tahun. Anak sulung saya kata tak boleh jadi macam ini, senyap saja. Sebab saya dimaklumkan dah sembilan ke 10 orang yang ditangkap.

    “Saya yakin sungguh pihak polis nak tolong saya tapi saya tunggu-tunggu sampai sekarang tak ada keputusan apa. Senyap,” katanya ketika itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah