26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amirudin sah pertahan naib presiden PKR

    Shopee Sale

    Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan hasrat untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dalam pengundian parti itu bagi sesi 2025-2028.

    Amirudin menerusi kenyataan di Facebook berkata hasrat itu sejajar dengan prinsip untuk memperkukuh PKR sebagai parti politik unggul, paksi reformasi dan teras Kerajaan Perpaduan.

    Beliau berkata matlamat utama pengundian kali ini adalah untuk membentuk pasukan yang berkeupayaan melaksanakan cita-cita reformasi serta berkhidmat dan bekerja mendukung kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua.

    “Dengan tema kempen ‘Reformasi Cita Bangsa’, saya membawa gagasan yang sejajar tema ‘Bersama Membina Parti Kita’ oleh calon Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar.

    “Kita ingin perligat gerak jentera serta merapatkan saf anggota di samping memperkuat hubungan bersama parti komponen Kerajaan Perpaduan bagi menyusun langkah memenangi Pilihan Raya Umum ke 16,” katanya.

    MENARIK:  Kelonggaran kod pakaian: Mangsa rogol, samun diberi keutamaan

    Menurutnya dalam tempoh kempen pengundian, beliau akan mengulas dan membentangkan gagasan Reformasi Cita Bangsa itu kepada seluruh anggota parti.

    Setakat 10 pagi tadi, 11 pemimpin sudah mengesahkan pencalonan bagi mengisi empat jawatan Naib Presiden PKR pada pengundian parti 21 Mei ini.

    Mereka termasuk tiga penyandang iaitu Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sains dan Teknologi Chang Lih Kang serta Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

    Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat MPP, Majlis Pimpinan AMK (MPAMK) dan Majlis Pimpinan Wanita Keadilan (MPWK) akan diadakan pada 23 Mei ini sempena Kongres Nasional PKR di Johor Bahru.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah