29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aminuddin Harun dilantik ahli Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat menggantikan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli (PH-Pandan) bagi tempoh Parlimen ke-15.

    Usul yang dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran mengikut Peraturan 76 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat itu diluluskan dengan suara majoriti Ahli Parlimen.

    Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan dianggotai enam ahli jawatankuasa.

    MENARIK:  Warga Sabah ada isu anak tanpa dokumen diminta buat permohonan

    Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya), Menteri Pengangkutan Anthony Loke (PH-Seremban) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang).

    Selain itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah