27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aktivis mogok lapar terhadap kerajaan isu Blackrock

    Shopee Sale

    Seorang aktivis pro-Palestin mengumumkan hasrat mogok lapar di hadapan bangunan parlimen mulai Selasa depan bagi membantah penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat milik Blackrock.

    M Mythreyar, daripada Tanjung Malim, Perak itu berkata, dia malah akan terus berlapar sehinggalah kerajaan membatalkan perjanjian itu.

    “Saya tak akan menentang sesiapa. 

    “Saya akan diam-diam  mogok lapar, merayu kepada kerajaan supaya batalkan niat dalam perjanjian mereka, (antara) kerajaan kita, MAHB dan Blackrock,” kata Mythreyar, 46.

    Kelmarin, Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata Global Infrastructure Partners (GIP) telah menyatakan kesediaan untuk menjadi pemegang saham minoriti MAHB selain bersedia melepaskan pegangan dalam tempoh yang singkat.

    Dia juga berkata pengundian GIP dinilai berasaskan kriteria ketat, termasuk kesediaan menerima warganegara Malaysia sebagai pengerusi dan pengarah urusan MAHB.

    GIP dimiliki oleh Blackrock, syarikat pengurusan aset terbesar di dunia, yang dikecam kerana melabur dalam syarikat yang menjual senjata kepada Israel.

    MENARIK:  Shukri Ramli letak jawatan MB Perlis

    Sementara itu, dalam video di TikTok hari ini, Mythreyar berkata dia memilih protes sebegitu kerana telah melakukan pelbagai cara.

    “Sudah lapan bulan lebih saya naik turun pentas, pergi ke jalan raya, tidur tujuh hari berdekatan kedutaan Amerika.

    “Dan saya telah membuat protes senyap di hadapan KLCC dan hadapan Hotel Mandarin.

    “Tetapi satu peratus pun tiada perubahan,” katanya.

    Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut berkaitan protes Mythreyar itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah