25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akmal sifatkan Loke ‘kaduk naik junjung’

    Shopee Sale

    Pemimpin lantang Umno Akmal Saleh menyifatkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebagai kaduk naik junjung selepas mendapat jawatan menteri.

    “Baru ada pangkat, sombong!” kata ketua Pemuda Umno.

    Kaduk naik junjung adalah peribahasa yang bermaksud orang yang hina apabila mendapat pangkat mengada-ngada.

    Terdahulu, Loke dalam podcast dengan Malaysiakini enggan memberi respons kepada kenyataan-kenyataan pedas Akmal kerana dia tidak berada pada "level" yang sama.

    Pemimpin tertinggi DAP itu berkata sebagai menteri dan pemimpin utama kerajaan, dia mempunyai tugas lebih penting seperti melaksanakan dasar kerajaan dan meningkatkan ekonomi.

    MENARIK:  Trump sedia gempur Iran: Loji kuasa dan fasiliti air jadi sasaran utama

    Menulis di media sosial, Akmal menegaskan dia akan terus  lantang bersuara “mempertahankan agama bangsa agama bangsa dan tanah air”.

    “Iya kamu memang berjawatan tinggi, tetapi kamu jangan ingat kamu boleh buat sesuka hati kamu,” katanya.

    “Kami yang dianggap jawatan rendah inilah yang akan terus lantang bersuara mempertahankan agama bangsa dan tanah air ini tidak kira betapa besar jawatan yang kau ada wahai Anthony Loke Siew Fook.”

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah