26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akaun boleh keluar bila-bila KWSP mula bulan depan

    Shopee Sale

    Penstrukturan semula akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang antaranya memperkenalkan akaun fleksibel bagi membolehkan wang dikeluarkan pada bila-bila masa, akan bermula pada 11 Mei depan.

    Menurut struktur baru, akaun 1 akan dikenali sebagai akan persaraan, akaun 2 dikenali sebagai akaun sejahtera dan akaun baru akan dikenali sebagai akaun fleksibel.

    Menurut KWSP, akaun sejahtera bertujuan "menangani keperluan kitaran hatatr yang menymbang kepada sekejahreraan semasa persaraan" manakala akaun fleksibel pula untuk keperluan jangka pendek.

    Caruman pula akan dipecahkan seperti berikut:

    Akaun persaraan: 75 peratus
    Akaun sejahtera: 15 peratus
    Akaun fleksibel: 10 peratus

    Dalam sistem sekarang, sebanyak 70 peratus caruman akan dimasukkan kepada akaun 1 dan 30 peratus lagi dalam akaun 2.

    Akaun sejahtera akan bermula dengan sifar tetapi pencarum diberi pilihan untuk memindahkan wang daripada akaun sejahtera sekali saja antara 11 Mei (hari pertama penstrukturan) hingga 31 Ogos.

    MENARIK:  Ahmad Zahid ucap takziah pada keluarga mangsa pokok tumbang

    Pecahan wang yang dipindahkan berbeza mengikut keadaan, seperti di bawah:

    Baki RM3,000 dan ke atas
    10/30 baki dipindahkan ke akaun fleksibel
    5/30 baki dipindahkan ke akaun persaraan
    15/30 kekal dalam akaun sejahtera.

    Baki RM1,000 dan ke bawah
    Semua amaun dipindahkan ke akaun fleksibel.

    Baki lebih RM1,000 tetapi tidak lebih RM3,000
    RM1,000 dipindahkan ke akaun fleksibel
    Selebihnya kekal dalam akaun sejahtera

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah