24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong tiba di Moscow, lawatan negara pertama ke Rusia

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Moscow pada Selasa untuk memulakan Lawatan Negara enam hari ke Rusia.

    Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo2 pada 2.20 petang (7.20 malam waktu Malaysia).

    Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut oleh Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Rusia Valery Falkov dan Pemangku Pengarah Jabatan Protokol Negara Kementerian Hal Ehwal Luar Rusia Georgiy Kuznetsov.

    MENARIK:  'Harga rumah tak seharusnya terkesan dengan penyarasan subsidi diesel'

    Turut menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Rusia Alexander Pankin dan Duta Besar Rusia ke Malaysia Nayl Latypov.

    Hadir sama menyertai sambutan ketibaan ialah Menteri Pertahanan yang juga Menteri Pengiring Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah