32.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah pada keluarga mangsa nahas FRU

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan membabitkan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, pagi tadi.

    Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan melalui tempoh yang amat sukar ini.

    MENARIK:  PAS usah mimpi calon jadi PM - Zaid

    “Semoga roh mereka semua diberkati dan dirahmati,” titah Yang di-Pertuan Agong dalam hantaran menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

    Dalam kejadian kira-kira 8.50 pagi tadi, sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi cedera parah selepas lori FRU dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah