31.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong: Lepas ini saya terpaksa lantik sarjan sahaja jadi PAT

    Shopee Sale

    Meluahkan rasa kecewa berhubung kes rasuah membabitkan pegawai tinggi tentera, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah tidak mustahil, selepas ini angota pangkat lain, seperti sarjan dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera (PAT).

    Sambil menegaskan rasuah merupakan musuh utama kepada pelbagai perkara termasuk hal melibatkan pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat, titah baginda, penjawat awam yang terbabit dengan jenayah rasuah adalah pengkhianat .

    "Suka saya ingatkan di sini segala peranancangan dibuat tak akan sempurna kalau amalan rasuah masih berleluasan, saya pernah sebut dulu saya datang ke Kuala Lumpur untuk buru perasuah dan nampaknya saya telah berjaya.

    "Saya amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia, sehingga ke peringkat tertinggi, agaknya selepas ini saya terpaksa lantik sarjan sahaja jadi Panglima Angkatan Tentera," titahnya.

    MENARIK:  Kestabilan Asean berasaskan kerjasama dan solidariti - PM

    Seri Paduka bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15, di Dewan Rakyat, hari ini.

    “Saya yakin ada ramai lagi di luar sana sama ada di Jabatan Kastam, Imigresen, polis dan sebagainya serta termasuk juga yang berada dalam dewan ini akan diburu sampai jumpa.

    "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti menjalankan siasatan dengan cepat, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan," titah baginda.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah