23.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AGC mahu semua pihak hormati prosiding mahkamah kes semakan Najib

    Shopee Sale

    Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menasihati semua pihak supaya menghormati prosiding mahkamah berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

    Najib, 71, dalam permohonan semakannya memohon perintah mandamus supaya responden memberi jawapan dan mengesahkan kewujudan dokumen tambahan yang bertarikh 29 Jan tahun lepas yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

    AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan semasa pengurusan kes tersebut, Mahkamah Tinggi telah memberikan arahan berkaitan pemfailan afidavit bagi permohonan substantif semakan kehakiman itu.

    “Selain itu, Mahkamah Tinggi juga telah memberikan arahan kepada responden-responden berkaitan pemfailan notis permohonan bagi perintah perlindungan dan perintah sekatan.

    “Di samping itu, Mahkamah Tinggi juga telah memberikan arahan kepada pihak pemantau kes (watching brief) untuk memfailkan notis permohonan untuk hadir mendengar kes ini berserta arahan pemfailan afidavit yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

    Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes pertama di Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib dan kes ini diremitkan ke Mahkamah Tinggi bagi pendengaran substantif semakan kehakiman.

    MENARIK:  Tak adil kata AG sembunyikan titah adendum, kata pengerusi PSSC

    “Mahkamah Tinggi telah menetapkan pengurusan kes seterusnya secara dalam talian (e-Review) pada 11 Mac 2025. Dalam hal ini, semua pihak adalah dipohon untuk menghormati prosiding mahkamah tersebut,” menurut kenyataan itu.

    Dalam permohonan semakan itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

     Sementara itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Zulkifli Noordin memohon untuk menjadi peguam pemerhati bagi kes tersebut untuk mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah