25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AGC belum buat keputusan representasi Sheila untuk batal pertuduhan

    Shopee Sale

    Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum membuat keputusan berhubung representasi yang difailkan pegawai polis berpangkat Inspektor dikenali sebagai 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam di sebuah pusat beli-belah, Jun tahun lepas.

    Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan memberitahu Majistret Illi Marisqa Khalizan representasi yang dikemukakan inspektor tular itu atau nama penuhnya Sheila Sharon Steven Kumar, 36, masih lagi dalam semakan AGC dan memohon tarikh perbicaraan ditetapkan sementara representasi itu diputuskan.

    Inspektor Sheila

    Hakim kemudiannya menetapkan 10 dan 11 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan kes manakala 16 Mei ditetapkan untuk sebutan bagi mengetahui perkembangan representasi berkenaan.

    Pada 8 Nov tahun lepas Sheila, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyikan hon kereta yang panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga menyebabkan kegusaran awam terhadap Nuraihan Nadzirah Ibrahim, 27.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields di Kuala Lumpur pada 5.26 petang 16 Jun tahun lepas mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama yang membawa hukuman denda maksimum RM400, jika sabit kesalahan.

    Sementara itu peguam M Manoharan yang mewakili Sheila ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding berkata sekiranya keputusan representasi memihak kepada anak guamnya pada 16 Mei ini, perbicaraan tidak akan dijalankan.

    MENARIK:  KPDN Kelantan tahan lelaki isi petrol berulang kali

    "Anak guam saya juga mempunyai satu lagi kes yang akan disebut di Mahkamah Majistret Selayang esok," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah