Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa ada kalangan agamawan bersama para pemimpin hari ini yang jahil dan zalim telah meminda agama Allah, dan mencipta agama sendiri.
Dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh, katanya, mereka ini telah meninggalkan petunjuk Allah dan mencipta aturan sendiri di luar kemampuan akal yang tidak sempurna, sehingga melanggar sempadan fitrah Allah.

“Malah, ada juga yang mencipta ideologi dan teori dalam perkara yang tidak diizinkan Allah kerana di luar kemampuan manusia.
“Kita sedang menyaksikan kemunculan golongan pembohong menjadi pemimpin, pengkhianat diberikan amanah, dan si jahil yang berlagak tahu,” katanya.
Tambahnya, lebih-lebih lagi apabila perkara itu dilakukan oleh orang atasan yang memimpin negara.

Maka, kata Hadi, muhasabah wajib dilakukan terhadap negara hari ini yang menunggu giliran kemusnahannya.
[Berita penuh menyusul]





