31.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AG sedia jumpa keluarga Wan Ahmad Faris

    Shopee Sale

    Jabatan Peguam Negara (AGC) bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman, pelajar tahfiz yang dipercayai mati dibunuh pada Disember 2013, dalam masa terdekat.

    Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar berkata siasatan kes berkenaan masih dijalankan dan AGC telah memaklumkan kepada peguam keluarga bahawa pertemuan itu boleh diatur sebaik sahaja tarikh sesuai dipersetujui.

    “Kami bersedia berjumpa dan berbincang dengan keluarga mereka serta melihat hala tuju seterusnya. Arahan siasatan masih diteruskan dan kita tunggu hasilnya,” katanya.

    Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-56 di Istana Balai Besar, di Kota Bharu hari ini.

    Mohd Dusuki berkata AGC komited memastikan siasatan dijalankan secara telus dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kepada keluarga Wan Ahmad Faris dari semasa ke semasa.

    Mohd Dusuki Mokhtar

    Pada 1 Sept lepas, keluarga Wan Ahmad Faris menyerahkan memorandum kepada Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.

    MENARIK:  Trump sifatkan keputusan EU tak bertindak balas terhadap tarif 'sangat bijak'

    Memorandum itu merangkumi tiga tuntutan utama termasuk penjelasan mengenai perobohan lokasi kejadian (tandas sekolah) sedangkan siasatan masih belum dimuktamadkan.

    Pada Disember 2013, pelajar tingkatan empat itu ditemukan mati tergantung di dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas. Mayatnya dilaporkan dijumpai oleh penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dari dalam tandas itu.

    Pakar forensik yang melakukan bezah siasat terhadap mayat Wan Ahmad Faris mengesahkan kes sebagai kematian mengejut dan tiada kaitan dengan unsur jenayah. 

    Bagaimanapun, Mahkamah Koroner pada Jun 2016 memutuskan kematian pelajar itu disebabkan dibunuh oleh individu yang identitinya belum dikenal pasti.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah