26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AG mesti halang Kelantan gubal semula peruntukan batal  – MCCBCHST

    Shopee Sale

    Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa peguam negara (AG) campur tangan terhadap langkah Kelantan untuk menggubal semula peruntukan jenayah syariah yang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

    “Sebagai pelindung terhadap kepentingan awam, kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, AG harus bertindak kerana penggubalan semula peruntukan itu akan menjadi ancaman serius terhadap demokrasi dan menggugat kestabilan negara.

    “Semua pihak patut bertindak demi kepentingan negara dan menegakkan demokrasi berperlembagaan,” kata kumpulan itu dalam kenyataan.

    Dewan Undangan Negeri Kelantan awal bulan ini menerima usul untuk menggubal semula 16 perkara dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang dibatalkan mahkamah kerana melebihi bidang kuasanya.

    MENARIK:  Keputusan Zafrul keluar Umno tak jejas usaha perkukuh ekonomi - Zahid

    Pada 9 Feb lalu, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan 8-1 untuk membenarkan petisyen peguam dari Kelantan, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman untuk membatalkan 16 daripada 18 peruntukan dalam enakmen tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah