28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abdul Halim mula tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM

    Shopee Sale

    Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Datuk Seri Abdul Halim Aman (kanan) memulakan tugas secara rasmi hari ini.

    Beliau menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan selepas 42 tahun berkhidmat dalam SPRM, semalam.

    Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Abdul Halim atas pelantikannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu berkuat kuasa pada hari ini.

    “Insya-Allah, saya percaya dengan kredibiliti dan pengalaman beliau dalam jalur perundangan akan terus memberikan nilai tambah, memperkukuh perananan serta mengangkat kedudukan SPRM sebagai badan penguat kuasa yang berprestij di dalam dan luar negara. Selamat berkhidmat!” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

    MENARIK:  Bekas penyelia dinaugerah RM254k kerana dipecat secara tak adil

    Shamsul Azri turut berkongsi gambar penyerahan watikah pelantikan Abdul Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu.

    Sementara itu, Shamsul Azri juga merakamkan penghargaan kepada Azam dan menyifatkan banyak kejayaan dan reformasi yang telah dilaksanakan dalam menerajui SPRM sebagai sebuah badan penguat kuasa yang unggul.

    “Jasa bakti Tan Sri (Azam) akan sentiasa dikenang dan semoga terus menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti selepas ini,” katanya.

    Pada 25 April lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pelantikan Abdul Halim yang juga bekas Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, berkuat kuasa pada 13 Mei.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah