Personaliti media sosial, Dr Fie tidak menafikan bahawa fasa awal perkahwinan sememangnya dipenuhi dengan perkara indah namun berharap kebahagiaan yang dikecapi bersama suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Artikel Berkaitan: Dr Fie Terharu Suami Tak Pernah Merungut, Sanggup Layan ‘Photoshoot’ Berjam-jam – ‘Awak Sentiasa Jadi Penyokong Terbesar Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan
Fasa awal perkahwinan
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Dr Fie atau nama sebenarnya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, dilihat bersuara susulan satu hantaran mengenai pujiannya terhadap suami.
Menurut Dr Fie, kenyataan itu sebagai tanda terima kasih atas sikap suami yang memudahkan sepanjang menguruskan persiapan perkahwinan mereka.
Memang lah awal-awal semuanya wangi.
Ini adalah hantaran penghargaan saya buat suami sewaktu kami uruskan perkahwinan kami sampailah hari kejadian. Itu sahaja.
Jelas Dr Fie, dia berharap sikap saling menghargai, bertolak ansur dan kebahagiaan yang dirasai ketika ini akan terus kekal dalam perkahwinan mereka.
Tapi saya harap macam ini lah selamanya.
Ini sewaktu persiapan saja. Doa yang baik-baik saja okey.
Untuk rekod, Dr Fie mendirikan rumah tangga dengan Amrul pada 1 November lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat selepas tiga bulan bertunang.
Sebelum ini, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Nubhan pada Ogos 2015 sebelum bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Threads
The post Dr Fie Respon Kenyataan Puji Sikap Suami, Akui Fasa Awal Perkahwinan Sangat Indah – ‘Saya Harap Begini Selamanya’ first appeared on OHBULAN!.





