29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abang Johari enggan dedah kos ambil alih MASwings

    Shopee Sale

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.

    Beliau berkata terdapat butiran tertentu mengenai pengambilalihan itu yang tidak dapat dikongsikannya secara terbuka kerana ia bersifat komersial.

    “Tak juga mahal, tak juga murah but I cannot discloselah (tak boleh dedahlah),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian jual beli MASwings, di Kuching hari ini.

    Abang Johari berkata perjanjian pengambialalihan MASwings adalah berbeza daripada ketika beliau mengumumkan Sarawak membayar RM2.5 bilion untuk mengambil alih loji hidroelektrik Bakun daripada Kerajaan Persekutuan pada 2017.

    MENARIK:  Kementerian: 8 juta pengguna air dikecualikan caj SST

    “Bakun kerana kita sahaja ada Bakun, jadi saya boleh dedah (kos pengambilalihan).

    “Tetapi bagi MASwings, kita mesti menghormati pemain lain (penerbangan). Ada MAS, ada AirAsia, ada Malindo, ada Batik Air. Kita mesti menghormati perjanjian komersial,” katanya.

    Sementara itu mengenai pengundian nama AirBorneo untuk syarikat penerbangan itu selepas pengambilalihan tersebut beliau berkata Sarawak juga mempertimbangkan kepentingan orang di Sabah, yang turut diberi perkhidmatan oleh MASwings semasa operasinya selama 17 tahun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah