27.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    80,000 kenderaan dijangka masuk T’ganu setiap sehari menjelang Aidilfitri

    Shopee Sale

    Polis Terengganu menugaskan 22 pegawai dan 136 anggota polis trafik bagi memastikan kelancaran aliran trafik pada musim perayaan Aidilfitri ini.

    Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata mereka akan ditugaskan di seluruh negeri sepanjang Op Selamat 24 yang bermula 29 Mac hingga 3 April ini.

    “Kita menjangkakan sebanyak 80,000 kenderaan akan memasuki negeri Terengganu setiap sehari menjelang Aidilfitri melalui Kelantan dan Pahang bermula esok,” katanya.

    MENARIK:  Kenapa takut sangat bahasa Melayu, tanya Pemuda Umno

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Musim Perayaan Aidilfitri peringkat negeri Terengganu 2025 di pintu gerbang sempadan Terengganu–Kelantan dekat Kampung Lak Lok di Jertih hari ini.

    Wan Rukman berkata sepanjang Op Selamat 23 tahun lepas, sebanyak enam kes kemalangan maut direkodkan di negeri ini dan polis berharap tidak ada kejadian sama berulang sepanjang musim ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah