28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kenapa takut sangat bahasa Melayu, tanya Pemuda Umno

    Shopee Sale

    Pemuda Umno membidas tindakan lembaga pengarah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah menengah Cina di Pulau Pinang yang menentang pekeliling dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP).

    Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata bahasa Melayu memang merupakan bahasa kebangsaan di negara ini, justeru tidak wajar sama sekali kumpulan tersebut membantah pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM.

    "Kenapa takut sangat dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di satu kelas saja?

    "Isu ini, kita menyokong sepenuhnya polisi yang dilakukan oleh KPM. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara ini. Full stop," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

    Semalam, lembaga sekolah serta PIBG dari 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina di Pulau Pinang menyuarakan tentangan mereka terhadap syarat yang dikenakan oleh KPM berhubung pelaksanaan DLP.

    Mengikut ketetapan itu, sesebuah sekolah yang menerima pakai DLP dalam pembelajaran Matematik dan Sains mesti menyediakan sekurang-kurangnya satu kelas untuk diajar dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda.

    MENARIK:  Jenazah wartawan veteran selamat dikebumikan

    Langkah itu dibantah oleh kumpulan berkenaan atas alasan ia boleh memberi kesan kepada pembelajaran serta psikologi pelajar terbait.

    Mereka juga menggesa KPM mendengar bantahan yang disuarakan, selain menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal DLP.

    Ketika ini subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah itu.

    Pemimpin Bersatu turut mengkritik isu berkenaan dengan menyifatkan menteri pendidikan "lembik" dalam menangani isu terbabit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah