26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    40 peratus hasil Sabah muktamad, kerajaan komited tunaikan – Anwar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian Kerajaan MADANI untuk memberikan komitmen penuh dalam usaha merealisasikan tuntutan 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan Persekutuan sedar tuntutan itu adalah muktamad dan tidak ada rayuan, namun perbincangan terperinci mengenainya perlu dilakukan bagi memastikan ia dapat diselesaikan secara terbaik demi manfaat Sabah dan rakyatnya.

    "Kita (kerajaan Persekutuan) tidak merayu kes 40 peratus (hasil Sabah) dan itu sudah muktamad. Bagi pihak kerajaan, kami telah memberikan jaminan, ini adalah komitmen yang tegas, dan keputusan dasar.

    MENARIK:  Hujan lebat: Kepala air di Lata Iskandar

    "Saya telah nyatakan dalam Kabinet dan Parlimen, tiada rundingan. Kami komited untuk menunaikan komitmen 40 peratus kepada rakyat Sabah,” kata beliau.

    Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Negeri Sabah di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah