33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    349 kes penipuan umrah babitkan RM14.9 juta sehingga Mei 2024

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) merekodkan 349 kes penipuan umrah oleh agensi perkhidmatan dengan jumlah kerugian sebanyak RM14.9 juta.

    Khairul Firdaus Akhbar Khan (GPS- Batu Sapi) yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, berkata angka itu dari tahun 2023 sehingga Mei 2024. 

    Katanya Motac telah mengarahkan pengadu untuk membuat tuntutan dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi tebus rugi dan membuat laporan polis untuk kes penipuan.

    "Sehubunggan dengan itu Motac telah membuka 19 kertas siasatan berkaitan penipuan umrah, lapan kes telah dikompaun sebanyak RM241,000. 

    "Yang lain masih dalam siasatan ke atas agensi pengendali umrah, selain itu Motac juga telah menggantung serta membatal lesen bagi dua agensi pengendali umrah berhubung kesalahan di bawah Akta Pelancongan 1992," katanya ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

    MENARIK:  Dr M: Adakah Anwar dan keluarga juga diarah jelaskan semua harta?

    Khairul Firdaus berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berhubung penipuan umrah dan haji sejak 2019.

    Serta apakah tindakan diambil terhadap agensi pengendali umrah yang melakukan penipuan.

    Mengulas lanjut, Khairul Firdaus memaklumkan sebanyak 252 kertas siasatan dibuka sejak 2019 hingga Mei 2024 berhubung perkara itu.

    "Dari tahun 2019 hingga Mei 2024 sebanyak 252 kertas siasatan dibuka berhubung kes penipuan umrah haji yang membabitkan kerugian RM9.81 juta," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah