33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    2,000 pokok ketum ditanam atas tanah rizab kerajaan dimusnahkan

    Shopee Sale

    Polis memusnahkan kira-kira 2,000 pokok ketum dalam operasi bersepadu dengan pelbagai agensi kerajaan di sekitar Labu Kubong dekat Sungai Manik, Teluk Intan hari ini.

    Ketua Polis Hilir Perak ACP Bakri Zainal Abidin berkata hasil risikan pihaknya mendapati pokok ketum berkenaan ditanam di atas tanah rizab kerajaan yang dianggarkan seluas lapan hektar.

    “Hasil maklumat yang kita terima, kawasan Hilir Perak ini antara ‘hab’ pembekalan yang terbesar dan ia didalangi oleh sindiket tertentu yang menanam, memproses dan memasarkan daun ketum di seluruh negara.

    “Ini fasa pertama tindakan yang kita ambil bagi membanteras aktiviti ini. Kita akan meneruskan operasi ini pada fasa kedua dengan mengambil tindakan ke atas individu yang menanam pokok ketum di kawasan tanah masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas operasi pemusnahan di sekitar Labu Kubong di Teluk Intan hari ini.

    MENARIK:  Lebih 70% pemegang pensijilan halal didominasi syarikat bukan Bumiputera

    Dia berkata antara agensi yang terlibat dalam operasi itu adalah Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah Hilir Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan serta Jabatan Kerja Raya.

    Dalam pada itu, Bakri berkata 25 individu ditangkap membabitkan kesalahan memiliki ketum sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

    “Kami merampas 147.5 liter air ketum dan 24 kilogram daun ketum sepanjang tempoh berkenaan, selain menahan 76 individu, dengan 31 kes didakwa di mahkamah sepanjang tahun lepas.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah