29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    18 sekolah ditutup di Terengganu kerana banjir

    Shopee Sale

    Lapan belas buah sekolah di empat daerah di Terengganu ditutup akibat kesan banjir teruk yang bermula semalam.

    Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu Jelani Sulong berkata ia membabitkan lima sekolah di daerah Kemaman; empat di Dungun, tiga di Setiu dan baki enam lagi di Hulu Terengganu.

    Kata Jelani sekolah yang terlibat di Kemaman ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kubu; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Puteh; SK Pasir Gajah; SK Seberang Tayor; dan SK RKT Seberang Tayor.

    "Di Hulu Terengganu sekolah yang ditutup ialah SK Lubok Periok; SK Padang Setar; SK Tengkawang; SK Padang Setebu; SK Tengku Ampuan Intan; dan SK Kuala Ping.

    "Selain itu, di Dungun sekolah ditutup ialah SK Pasir Raja; SK Jongok Batu; SK Minda Talong; dan SK Kuala Jengal manakala di Setiu melibatkan SK Sungai Las; SK Sungai Tong; dan SK Kampung Bukit Ulu Nerus," katanya ketika dihubungi.

    MENARIK:  PN adalah kerajaan menanti, kata MIPP

    Sehubungan itu, Jelani berkata semua sekolah terbabit diberi cuti peristiwa dan tiada sebarang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam tempoh tersebut termasuk di rumah.

    Katanya pihak sekolah yang terjejas banjir diberi kebenaran untuk mengambil cuti peristiwa tetapi perlu memaklumkan kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) masing-masing untuk tujuan rekod.

    Sementara itu, Jelani berkata sebanyak 41 sekolah di enam daerah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menampung mangsa banjir.

    Menurutnya ia melibatkan 18 sekolah di daerah Besut; Dungun (tiga buah); Hulu Terengganu (lima buah); Kemaman (empat buah); Setiu (lapan buah) dan Marang (tiga buah).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah