26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    17 cedera main mercun di K’tan sejak 19 Mac hingga semalam

    Shopee Sale

    Sebanyak 17 kes kecederaan akibat bermain mercun dan bunga api dicatatkan di Kelantan sejak 19 Mac sehingga semalam.

    Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin (gambar bawah) berkata dua daripada mangsa yang cedera itu ialah perempuan.

    Beliau berkata sebanyak 12 kes dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, tiga kes lagi menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai manakala dua kes dirawat di Hospital Pasir Mas.

    "Kesemua mangsa berusia antara empat hingga 40 tahun namun kebanyakan mangsa berusia tujuh hingga 16 tahun dan paling ramai berusia antara sembilan hingga 12 tahun.

    "Empat daripada mangsa yang cedera dimasukkan ke wad manakala selebihnya mendapat rawatan sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    MENARIK:  PDRM umum pertukaran 17 pegawai kanan

    Beliau berkata antara kecederaan yang dialami mangsa di bahagian tangan, muka dan mata.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah