34 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    '10 bangkai kucing dalam tong sampah' – Veterinar P Pinang siasat

    Shopee Sale

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong, di George Town.

    Pengarah JPVPP Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata pihaknya telah ke lokasi kejadian namun tidak menemukan sebarang bangkai kucing seperti dilaporkan.

    "Pihak polis merujuk kes itu kepada JPVPP pagi semalam (Jumaat) dan pihak kami terus ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan namun tiada bangkai kucing ditemukan di situ.

    “Oleh itu, kami tidak boleh menjalankan bezah siasat untuk menentukan punca kematian namun siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi hari ini.

    MENARIK:  Perak digesa batal Draf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035

    Semalam, media melaporkan bahawa polis menerima laporan daripada lelaki tempatan berusia 49 tahun berhubung dakwaan penemuan bangkai kucing dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong dan disyaki dibunuh.

    Terdahulu, tular satu video berdurasi 29 saat memaparkan seorang individu merakam video dipercayai lebih 10 ekor kucing dalam bungkusan plastik hitam yang dibuang ke dalam tong sampah besar di tepi jalan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah