26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sally Whoo Akui Cabaran Jaga Anak Kembar, Syukur Ada Pembantu – ‘Bila Seorang Menangis, Seorang Lagi Ikut’

    Shopee Sale

     Personaliti media sosial, Sally Whoo berkongsi pengalaman selepas bersalin anak kembar yang kini berusia empat bulan.

    Artikel Berkaitan: Sally Terima Hadiah Range Rover, Yuti Luah Rasa Bangga – ‘Reward Ini Adalah Hadiah Istimewa Daripada Datin Marlinda’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sally Whoo & Suami Kongsi Rezeki Dengan Jururawat, Netizen Doa ‘Traffic Light’ Selalu Hijau

    Anak kembar

    Ketika ditemui , Sally atau nama sebenarnya Nur Salihah akui tidak mudah menguruskan anak kembar namun bersyukur mampu mengupah pembantu untuk meringankan kerja.

    Selain itu, Sally turut berkongsi cabaran menguruskan anak kembarnya yang sering melalui keadaan sama, di mana jika seorang jatuh sakit, seorang lagi juga akan turut sakit.

    Sangat mencabar sebab dua sekali. Tapi Alhamdulillah saya ada pembantu yang sama-sama tolong jaga. Dapat kurangkan sikit cabaran itu.

    Cabarannya adalah bila seorang nangis, seorang lagi akan menangis. Kalau sakit, sorang lagi akan sakit.

    Kita panik sebenarnya. Jadi, sebelum bersalin dah siap-siap belajar macam mana nak jaga bayi.

    Sally berkata demikian ketika ditemui pada majlis Asia – All Star Influencers Award Iftar Night yang berlangsung di Studio 38, Kota Damansara pada Sabtu.

    MENARIK:  Fikry Ibrahim Nafi Rumah Tangga Bergolak, Isteri Datang Mahkamah Tarik Kes

    Mengulas mengenai kesibukan kerjanya, Sally memaklumkan dia kini lebih banyak bekerja pada waktu malam menerusi siaran langsung, sekali gus terpaksa mengorbankan masa bersama anak-anak.

    Kadang-kadang ada saja saya tinggal anak-anak lama. Tak terbahagi masa dengan kerja.

    Sebab kita kena kerja dan waktu tak tetap. Kita buat siaran langsung sampai pagi.Macam puasa ini, kita siaran langsung lepas tarawih sampai sahur.

    Selalunya saya akan ada di rumah waktu siang. Malam saya lebih kepada bekerja.

    The post Sally Whoo Akui Cabaran Jaga Anak Kembar, Syukur Ada Pembantu – ‘Bila Seorang Menangis, Seorang Lagi Ikut’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah