30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zizie Izette Sebak Anak-Anak Menangis Tengah Malam Rindukan Arwah Bung Moktar – ‘Hati Saya Hancur..’

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Seri Zizie Izette berkongsi keperitan yang sedang dilalui oleh anak-anaknya selepas pemergian bapa tercinta, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar.

    Artikel Berkaitan: Zizie Izette Masak Menu Kegemaran Arwah Suami Di Majlis Tahlil, Fara JL Titip Doa – ‘Berikan Kekuatan Kepada Kakakku & Anak-Anak’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Perlahan-Lahan Menerima Kenyataan Bahawa Awak Benar Telah Tiada’ – Zizie Izette

    Anak-anak rindu Daddy mereka

    Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Zizie mendedahkan bahawa dia sering berdepan detik memilukan apabila anak-anaknya secara tiba-tiba meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapa mereka.

    Saya mendengar tangisan kecil ketika semua orang sedang tidur. Apabila saya bertanya Adam apa yang tidak kena, dia berkata dia sakit kepala. Namun saya tahu, dia sebenarnya sangat merindui daddynya.

    Kemudian ia berlaku lagi pada Aaleph. Tangisan perlahan dari jauh dalam kegelapan yang tidak berhenti. Saya pergi kepadanya, memeluknya erat dan apabila saya tanya kenapa, dia berbisik, “Saya rindu daddy.” Dan terus menangis semahu-mahunya.

    Malah kesedihan itu turut dirasai anak perempuannya, Aalisa yang mengalirkan air mata ketika sedang berlatih menyanyikan lagu ‘Count On Me’ di sekolah.

    Gurunya menyedari dia menjadi diam dan sedih, dan apabila dia pulang ke rumah dia memberitahu saya, ‘Saya sedih sebab saya teringatkan daddy.’

    Jenna dan Aaric, mereka juga merindui arwah tetapi dengan cara mereka sendiri, pada saat mereka sendiri.

    Zizie mengakui, walaupun dia merupakan seorang wanita yang kuat, namun mendengar rintihan anak-anak membuatkan dirinya sedih.

    Hati saya hancur setiap kali mendengarnya. Namun begitu, saya tetap memeluk dan menyayangi mereka untuk melalui fasa ini. Saya percaya mereka akan baik-baik saja.

    Kami tidak sedang berantakan. Kami hanya sedang belajar bagaimana untuk merinduinya dan teruskan hidup,

    Lebih menyedihkan, Zizie turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan paparan skrin telefon milik Aadam yang menggunakan gambar ilustrasi kartun mereka bersama arwah bapa.

    MENARIK:  Langgan ‘TontonUp’, Raih Ganjaran Hebat Setiap Bulan!

    Pada 5 Disember lalu, Allahyarham Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan buah pinggang serta jangkitan kuman pada paru-paru di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.

    Jenazah Allahyarham kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas sekitar jam 2.10 petang pada hari yang sama.

    Zizie dan arwah mendirikan rumah tangga pada 2009 dan pasangan itu dikurniakan tiga anak kandung selain dua anak angkat.

    Sumber: Instagram Zizie Izette

    The post Zizie Izette Sebak Anak-Anak Menangis Tengah Malam Rindukan Arwah Bung Moktar – ‘Hati Saya Hancur..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah